Monday, September 26, 2011

Merasakan Kehadiran Allah Di sisi

Fuh.... sebulan lebih dah penulis tak mengemaskini blog ini... Takde masa sangat nak melayari internet...Sebelum tu Salam Aidilfitri penulis ucapkan buat semua (lewatnya ucap)... Oklah...

Tajuk penulisan kali ini tiba-tiba berlegar dalam fikiran penulis beberapa minggu yang lalu... Terutamanya selepas mendengar ceramah dari Ustaz Muhammad (selalu keluar dalam Usrah TV9). Salah satu intisari ceramahnya beliau mengingatkan kita supaya sentiasa berdoa... Berdoa bukan semestinya selepas solat sahaja. Bukan hanya perlu menadahkan tangan bersama wudhuk, tak semestinya perlu formal mengadap kiblat.... malahan permintaan dalam bentuk lintasan hati juga boleh dianggap sebagai doa.

Penulis bagi contoh. Kalau kita berada dalam ketakutan yang amat sangat kita selalu berdoa di dalam hati " Ya Allah selamatkanlah aku dari bencana ini". Ini mungkin perkara biasa kerana dalam ketakutan yang amat sangat secara lumrahnya manusia memang perlukan pergantungan kepada sesuatu. Maka kita sandarkan pergantungan itu kepada Allah.Alhamdulillah.... Cuma kadang-kadang sewaktu terlalu takut atau susah sahaja kita ingat Allah. Waktu senang atau waktu menghadapi masalah yang agak "ringan" kita lupa pada Sang Pencipta. Sedangkan Dia adalah penyelesai kepada setiap masalah kita. Dia adalah yang paling memahami situasi dan masalah kita, Dialah Pendengar yang paling baik.... Dialah sebaik-baik pembuat keputusan dan dia sentiasa ada bersama kita 24jam sehari tanpa jemu di sisi kita... Namun sayang sekali kita sering lupa akan kehadiranNya..

Pernah tak rasa kita tersalah pilih orang untuk meluahkan masalah. Kadang kita rasa lebih tertekan setelah meluahkan masalah itu pada seseorang. Kadang respon yang diberikan seolah-olah dia cuba menilai kita dari luahan itu.... atau kadang-kadang dia hanya diam membisu.... dalam hati kita "eh dia ni dengar ke tak aku cakap ni... ke dia tak berminat... ke dia ...... ". Pelbagai persoalan lain pula timbul tentang tanggapan orang itu terhadap kita... Jadi mengapa mengadu pada manusia... Allahkan ada :)

Ingat Allah setiap masa. Walau sekecil mana masalah kita.... mengadu pada Allah.... Dia takkan menilai kita.... Dia takkan pergi jauh dari kita..... Dia takkan membenci kita kerana selalu meminta padaNya... Seronoknya mempunyai teman sesetia itukan setiap masa?

Penulis bagi contoh. Kita masuk ke dalam sebuah restoran yang sesak dengan pelanggan, maka secara spontan doa dalam hati " Ya Allah aku dan suami nak makan di restoran ini tolong kami ya Allah, adakanlah tempat duduk yang baik untuk kami makan di sini" atau pun "Ya Allah aku nak jadi baik ya Allah... tolong bantu aku untuk jadi baik.... " ataupun "Ya Allah syukur ya Allah makanan hari ini sedap sangat ya Allah" ataupun " Ya Allah aku seronok hari ini sebab suami aku tolong aku kemas rumah " ataupun "Ya Allah sejuknya hari ini.... segarnya rasa ya Allah".

Itulah maksud penulis. Mengadu setiap perkara yang berlaku pada Allah... Walau remeh. walau kecil, walau tengah sedih. walau tengah gembira, walau rasa sudah tak tertanggung atau tak ada jalan penyelesaian.... Tapi tiada yang mustahil dengan kehendak Allah... Yakinlah....

Kalau ada masalah berat mengadu pada Allah...Keluarkan segala yang tersimpan dalam hati... Luahkan apa yang kita risaukan.... Luahkan apa yang kita rasa.... InsyaAllah lepas tu kita akan rasa lega sangat.... Walau tak nampak.... Walau tak dengar nasihatNya secara terus.... Tapi kita akan rasa ketenangan itu... dan pasti Dia akan menunjukkan jalan penyelesaian terbaik untuk kita..... Seronokkan sebab kita ada Allah....

Oleh itu penulis mengajak diri dan sahabat yang lain, marilah kita kembali menyedari kehadiran Allah di sisi kita..... Teman paling setia.... Teman yang akan sentiasa menyayangi kita tanpa batas.... Maafkan kami ya Allah kerana telah lama melupakan MU....Ih di nassirotol mustaqim... Pimpin kami ke jalan yang lurus.... Ameenn....

Sebelum menutup penulisan ini, penulis bawakan terjemahan sebuah hadis yang pernah penulis dengar dari kaset ceramah Ustaz Shamsuri Haji Ahmad.

Pada suatu ketika Rasulullah dan para sahabat baru selesai perang. Rasulullah dan sahabat-sahabat duduk bersama dan terlihat seorang ibu sedang mencari-cari anak kecilnya yang hilang sewaktu kekalutan perang tadi.... Rasulullah dan sahabat melihat dari kejauhan....Si ibu berlari-lari mencari anaknya ke sana ke mari dan dengan muka yang sangat gelisah di atas kehilangan tersebut. Akhirnya si ibu berjumpa dengan si anak. Dicium, dipeluknya anak itu seakan tak mahu dilepaskan... lalu diberiknnya susu badan....

Dari kejauhan Rasululllah bertanya para sahabatnya " Wahai sahabatku, kamu rasa adakah si ibu ini tergamak hendak mencampakkan anaknya ke dalam api?" Lantas jawab sahabat " Sudah tentu tidak ya Rasulullah. Kami melihat si ibu sangat sayangkan anaknya itu." Rasululllah membalas" Jikalau kamu hendak tahu, sayangnya Allah pada kita hambaNya lebih lagi dari sayangnya si ibu tadi pada anaknya..."

Wallahua'lam... Sama-sama kita fikir dan renungkan... Semoga ada manfaat... Wassalam