Friday, April 15, 2011

Sebening Kasih Si Merpati....



Sebenarnya sudah lama tajuk artikel ini bermain difikiran namun tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Tajuk ini adalah tentang burung merpati. Pada mulanya hanya tentang sepasang burung merpati tetapi baru-baru ini (sekarang sebenarnya) sepasang merpati lagi telah menarik perhatian penulis....

Mungkin tak ramai yang menyedari kewujudan binatang ini. Apalah sangat untuk diperhatikan tentangnya. Tapi kadang-kadang binatang yang kita anggap tidak membawa sebarang makna ini boleh menjadi contoh teladan terbaik buat kita dalam beberapa aspek. Bukan sahaja itu, kadang-kadang penulis jadi malu pada diri kerana sebagai manusia yang darjatnya lebih mulia dari makhluk lain tapi ada kalanya tingkah laku kita lebih teruk dari haiwan.

Maaf artikel ini tiada kena mengena dengan sesiapa cuma sekadar apa yang berlegar difikiran penulis beberapa hari lalu berdasarkan pengalaman dengan dua pasang merpati.... Semoga ada manfaat....

----------------------------------------------------------------------------

Sebening Kasih Si Merpati

Pada bulan Julai tahun 2010 yang lepas, ibu penulis telah pergi menunaikan umrah. Kebetulan kucing penulis di kampung baru sahaja melahirkan anak. Tiga ekor anak kucing yang comel (Mot(Comot),Pok(Tompok),Unin(Kuning)). Jadi penulis membuat keputusan untuk menbawa ibu kucing bersama anak-anaknya ke rumah penulis. Penulis telah berada di kampung lebih kurang dua minggu kerana suami berkursus. Jadi agak lama meninggalkan rumah....

Mot, Pok dan Unin :)

Mei(Ibu Kucing) dan Pok, Mot

Sesampainya penulis di rumah, penulis dapati balkoni agak kotor dan ternampak sepasang merpati di situ. Seekor sedang duduk di atas pasu dan seekor lagi seakan menemaninya di atas pagar balkoni.Seekor jantan (warna lebih banyak kelabu , besar dan lebih kemas dan cantik) dan seekor lagi pasangannya betina(lebih kecil, hitam dan tidak sekemas si jantan). Walaupun agak teruja tapi kerana agak letih (sampai dah lewat malam) maka penulis pun tak berapa kisahkan merpati ini... Penulis simpan kucing dalam bilik air ke2, bagi makanana dan air, kemas apa yang patut dan terus masuk tidur.Ahhh.....Segarnya.....hehehe

Keesokan harinya, penulis seperti biasa rutin penulis selepas solat Subuh, membuka pintu, dan tingkap di setiap sudut rumah.... Ahhhh...... Segarnya :)(lagi sekali). Penulis membuka pintu bilik air tempat kucing penulis diletakkan semalam tapi mereka masih tidak keluar. Takpalah penulis biarkan sahaja pintu itu terbuka dengan matlamat mereka akan keluar sendiri apabila telah berasa selesa di sini. Sementara penulis di dapur menyediakan makanan untuk mereka.

Ha lupa nak bagitau, merpati di balkoni telah tiada(mungkin pergi mencari makanan/balik sarang sekejap) dan penulis nampak ada sebiji telur comel di atas pasu penulis. :) Wah teruja betul penulis....

Sedang asyik penulis di dapur tiba-tiba terdengar bunyi bising di balkoni dan terus diam.... Hanya beberapa saat sahaja. Penulis terus berlari ke balkoni tetapi tidak nampak apa-apa yang mencurigakan. Cuma di situ ada si bapak merpati dan telur.... Ibu merpati tidak kelihatan... Takpalah... teruskan di dapur....

Setelah menyiapkan makanan kucing penulis terus masuk ke dalam bilik air untuk memberi makan kepada mereka. Penulis amat terperanjat apabila mendapati ibu kucing sedang makan si ibu merpati yang pada ketika itu sudah mati.... Allahuakbar....

Penulis terus halau ibu kucing, buang bangkai dan bersihkan 'crime scene'.....Perasaan penulis bercampur ketika itu, marah, kesian, bersalah, luluh hati tambahan apabila melihat telur yang entah bagaimana nasibnya.... Penulis hanya mampu membiarkan telur itu.

Apa yang penulis terharu adalah sikap si bapa merpati.... walaupun si ibu telah tiada, si bapa masih setia menanti telur di balkoni itu. Sentiasa ada di situ.... penulis perhatikan selepas ketiadaan si ibu, si bapa merpati sentiasa berada di balkoni berdekatan telurnya. Mulanya di atas balkoni, kemudia duduk di pasu bersebelahan dan akhirnya si bapa itu sendiri telah mengeramkan telur tersebut. penulis tengok si bapa dari pagi sampai hampir maghrib ada di situ... Setia menanti kepulangan pasangannya dan setia di samping telurnya..... Subhanallah...

Begitulah kehidupan si bapa sehingga hari ke 3.Pada hari keempat dan seterusnya si bapa masih ada tapi penulis nampak ia berada agak jauh. Kadang-kadang di tepi tingkap, kadang-kadang di balkoni rumah jiran.... dan akhirnya selapas lebih kurang seminggu lebih si bapa tidak lagi kelihatan....Mungkin kerana si bapa telah pasti si ibu sudah tiada lagi.... Pergi membawa diri....

Si bapa merpati yang setia

Penulis sedaya upaya cuba menyelamatkan telur merpati ini. Membalutnya dengan dengan tuala namun gagal.... maafkan penulis....

Itu kisah pasangan merpati yang pertama. Beberapa hari yang lalu, penulis ternampak sepasang lagi merpati singgah di balkoni rumah penulis. Singgah sambil berlegar di tepi pasu penulis, sambil memijak pokok oregano yang baru penulis semai(rasa macam nak buat merpati goreng pun ada... grrrr)Oklah.... tiada perasaan...Takpelah dah binatang biarkan aje....

Hari kedua. Aik si ibu dah duduk atas pasu penulis. Nak halau tak gamak. Si bapa masih setia menunggu di atas pagar balkoni.... Biarkan aje.... Tengok-tengok lepas penulis balik dari Tesco malam tadi si ibu dan si bapa merpati dah takde yang ada cuma sebiji telur yang comel..(sekarang dah jadi dua biji telur ;)) Teruja balik penulis....heehehe(penulis perasan pasangan merpati hanya akan mengeramkan telur pada waktu siang. Bermula dari maghrib mereka akan hilang)

Keesokan harinya lepas subuh penulis perhatikan pasangan merpati ini masih tak kelihatan. Penulis pun brekfast dengan suami sambil berseloroh"Merpati tak datang keje lagi". Lepastu tak sampai beberapa minit lepas tu penulis nampak si bapa dah bertenggek di balkoni penulis dan si ibu tengah mengeram....Hehehe suami penulis menambah "Ha sebut lagi sebut lagi". HEHE

Yang menarik tentang pasangan merpati ini adalah si bapa dan si ibu akan bergilir mengeramkan telur mereka. Selalunya dari pemerhatian penulis dari lepas subuh hingga dalam pukul 11 am/12 pm si ibu akan mengeram. Selepas itu sampai 1/2 pm si bapa akan mengambil alih... dan kadang-kadang dalam 1jam setengah akan bergilir antara satu sama lain begitulah sehingga maghrib...Heheheh romantik betullah pasangan merpati ni.... Sekarang ni(1.12pm) si bapa tengah kusyuk mengeram telur. Kadang sampai tertido-tido.... Hehehheh....

Apa pengajaran yang boleh kita ambil dari dua kisah pasangan merpati ini. Pengajaran yang begitu menyentuh hati penulis.... :

1) Selepas kematian pasangannya si bapa merpati sanggup mengambil alih tugas pasangannya untuk mengeramkan telur mereka (sedangkan itu bukan kerjanya) walaupun cubaannya gagal.

Kadang kala manusia sendiri tak mampu untuk berbuat begitu, kadang bukan nak ambil alih siap tolong buangkan anak tu lagi ada. Di mana hilangnya nilai kasih sayang kita manusia di zaman serba moden ini.....

2)Si bapa merpati sanggup menunggu si ibu mengeramkan telur mereka tanpa jemu... Setia menanti dalam panas terik.... :) Good job man ;)

3) Si bapa akan mencari dulu tempat mengeram sebelum si ibu datang

4) Pasangan merpati berkongsi tugas mengeramkan telur bersama.

Romantikkan merpati ini.... Kadang-kadang sekecil-kecil makhluk boleh menjadi sebaik-baik contoh buat kita.... Walaupun kita sering menganggap kita lebih mulia tetapi ada masanya kita bukan yang terbaik... Masih banyak yang boleh diambil sebagai pengajaran dan teladan hidup hatta dari sepasang merpati yang bagi kita tidak membawa apa-apa manfaat... Terima kasih merpati... Syukur kepada Allah di atas pengajaran ini.... Marilah kita sama-sama bertanya kepada diri "Mampukah kasih dan sayang kita menjadi sebening kasih si merpati..."

Wallahua'lam...